PERKHEMAHAN
PENGENALAN
Perkhemahan adalah satu aktiviti
bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan juga
boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan apabila
melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti mendaki gunung, berbasikal,
berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti
perkhemahan.
Antara kemahiran yang perlu dipelajari sebelum
menjalankan aktiviti perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan
merancang aktiviti perkhemahan.
Ia melibatkan bermalam samada satu
malam atau lebih,samada dihutan, kawasan sekitar rumah, di pantai,
tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang sesuai. Aktiviti perkhemahan
ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut
keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.
Di dalam
aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti
sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di
antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak,
absailing, orienteering dan sebagainya.
Aktiviti perkhemahan ini
pasti akan melibatkan penggunaan khemah. Khemah pula terbahagi kepada
pelbagai bentuk dan bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu khemah.
Jika pada zaman dahulu khemah adalah diperbuat daripada bahan daripada
alam sekitar seperti daun kering, pokok kayu, rotan dan kulit binatang
atau kulit kayu tetapi pada zaman sekarang khemah pula diperbuat
daripada kanvas, nylon, plastic, dan sebagainya yang lebih ringan dan
mudah untuk dibawa bergerak. Khemah moden ini juga diperbuat berdasarkan
kepada keadaan iklim dan cuaca sesuatu tempat untuk disesuaikan.
OBJEKTIF PERKHEMAHAN
1.
Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam
menghadapi keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di
tempat yang jauh dari bandar. 2. Melatih pelajar menyelesaikan segala
tugasan dengan penuh tanggungjawab. 3. Meluaskan pengetahuan dan
memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah kepada para pelajar.
4. Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan
kecekapan yang ada pada mereka. 5. Menggalakkan para pelajar bergaul
bersama mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan. 6. Merapatkan hubungan
persaudaraan di antara pelajar dan pihak maktab. 7. Memberi pendedahan
kepada pelajar tentang kehidupan di luar rumah yang lebih mencabar dan
menarik. 8. Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala
kurniaan tuhan. 9. Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar.
10.Memupuk sikap berani di kalangan peserta. 11.Menanam sikap
berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta. 12.Menyediakan
bakal guru yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran.
FAEDAH-FAEDAH PERKHEMAHAN
1.
Berdikari dan ikhtiar hidup. 2. Mengamalkan kebersihan. 3. Berdisiplin,
berdedikasi dan mematuhi peraturan. 4. Merandang segala aktiviti dan
keperluan. 5. Cergas dan yakin pada diri sendiri. 6. Menghargai alam
sekitar ciptaan tuhan. 7. Menghilangkan tekanan. 8. Berseronok sambil
menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah. 9.
Mengelakkan daripada gejala social yang tidak sihat. 10.Bekerjasama.
PERATURAN TETAP UNTUK PESERTA PENDIDIKAN LUAR
Untuk
menjaga imej yang baik dan bagi tujuan menjayakan program ini, maka
perlulah diadakan beberapa peraturan dan tatatertib untuk memberi
panduan kepada para peserta.
Masa 1. Para peserta haruslah
mengikut jadual waktu yang telah disediakan dan berada di tempat-tempat
yang ditentukan sepuluh minit sebelum waktu aktiviti dijalankan. 2. Para
peserta harus bangun awal dengan kewajipan masing-masing dan bersedia
untuk senaman.
Kebersihan 1. Perserta diminta menjaga kebersihan
setiap kawasan tempat perkhemahan dan kawasan kegiatan. 2. Gunakan
lubang kering untuk membuang sampah sarap, sisa-sisa makanan dan
lain-lain. Tin-tin kosong bekas makanan hendaklah dikemikkan terlebih
dahulu sebelum ditanam. 3. Alat-alat yang dipinjamkan hendaklah dijaga
dengan baik dan bersih.
Pakaian 1. Semasa menyertai aktiviti
luar, para peserta hendaklah memakai pakaian sukan maktab dan berkasut
dengan sopan. 2. Semasa menjalani ekspedisi, semua peserta hendaklah
menjaga keselamatan diri seperti memakai baju atau seluar
panjang, stokin dan kasut. 3. Tuala mandi dan pakaian kotor
hendaklah disidai di tempat yang dikhaskan.
MASA MENYERTAI
KEGIATAN 1. Setiap peserta mesti mengikut kegiatan dan acara yang
ditetapkan kecuali ada hal-hal yang penting dan mendapat kebenaran dari
ketua jurulatih.
2. Setiap peserta hendaklah menjaga keselamatan
diri dengan baik semasa menjalani kegiatan luar mahupun semasa
ekspedisi. 3. Setiap peserta hendaklah menjaga dengan baik bagi setiap
alat yang digunakan semasa menjalani kegiatan luar dan dikembalikan ke
tempat yang tertentu apabila diarahkan.
LARANGAN 1. Pergaulan yang
sihat secara beramai adalah dibenarkan tetapi berpasangan antara lelaki
dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah. 2. Semua peserta
tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan melainkan dengan urusan
yang penting sahaja dan mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran
dari ketua jurulatih. 3. Apabila peserta berbual atau bercakap ditegah
daripada mengeluarkan perkatan yang kurang manis atau bahasa yang boleh
membawa kepada tersinggung perasaan seseorang atau kaum. 4. Sesiapa yang
mendapati engkar daripada meyempurnakan peraturan-peraturan yang
ditetapkan atau didapati melakukan sesuatu yang membawa kepada
mencemarkan nama baik kursus ini, maka tindakan tatatertib akan diambil
oleh pihak penganjur. 5. Selain daripada menghormati dan menhamalkan
peraturan di atas, setiap peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak penganjur program ini. 6.
Dilarang merokok semasa dan juga aktiviti dijalankan. 7. Para peserta
dilarang melakukan sesuatu perbuatan yang tidak bermoral seperti
melakukan kecurian sama ada untuk mai-main atau sungguh-sungguh. 8.
Setiap peserta seharusnya tidak mencuri tulang semasa aktiviti
dijalankan dan harus melakukan semua pekerjaan dengan penuh keikhlasan
dan tanggungjawab.
KOMPENAN-KOMPENAN PERKHEMAHAN
JENIS-JENIS KHEMAH Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk aktiviti berkhemah:
-
Khemah bentuk ‘A’tanpa helaian terbang - Khemah ‘A’ berhelaian - Khemah
pengembaraan - Khemah satu tiang - Khemah bentuk dinding - Khemah Ridge
dua tiang - Khemah wagon - Khemah dome - Khemah igloo - Khemah berangka
PEMILIHAN KHEMAH
Tiang
Dinding Khemah
Lantai
Pintu
Tali KhemahBesi Pancang
Perkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila kita bercadang untuk memilih atau membeli khemah:
a)
Perlindungan Khemah yang hendak kita miliki itu mestilah dapat
memberikan perlindungan kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas
atau sejuk angin dan sebagainya. Disamping itu ianya juga hendaklah
dapat memberi pelindungan dari seranggaserangga.
b) Keselesaan
Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama dalam
aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai
ruang untuk
menyimpan barang-barang.
c) Kalis air
Tidak semua khemah yang dijual itu kalis air kerana terdapat juga
khemah yang tidak kalis air apabila terkena hujan lebat. Oleh itu kita
perlu memastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu adalah
benar-benar kalis air, supaya tidak menjadi masalah apabila
hujan. d) Tahan lasak Memandangkan perlunya khemah itu ringan,
pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan yang
ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu kita
ambil ingatan.Khemah perlu ringan di samping itu ianya perlu tahan
lasak, tidak mudah koyah apabila ianya digunakan di pelbagai
persekitaran dan mempunyai ketahanan hayat untuk satu jangka masa yang
panjang dan munasabah. e) Ukuran Perkara ini juga merupakan perkara
penting kerana apakah gunanya kita mempunyai khemah muatan lapan orang
jika kegunaannya untuk satu atau dua orang, sedangkan lokasi yang hendak
dituju itu amat menyukatkan kita membawanya. PEMILIHAN KAWASAN
PERKHEMAHAN / TAPAK PERKHEMAHAN
Pemilihan
kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang membuat
penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada
peserta.Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika
tdak mengambil kira beberapa faktor penting seperti di bawah:
a)
Tanah atau tapak yang rata Tapak khemah yang rata adalah
bertujuan untuk memudahkan – pemasangan khemah dan selesa sebagai
tempat tidur atau berehat.Sebaik-baiknya walaupun tempat yang rata, cuba
elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak
khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada
berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika
hujan turun.
b) Corak tapak perkhemahan Pilihlah tapak
yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah
atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan
permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila
elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai.
Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang
deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.
c) Berhampiran punca air Di antara perkara penting semasa
memilih tapak perkhemahan ialah punca air yang bersih. Tapak perkhemahan
yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih. Air
yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan
sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air samada sungai,
anak air, telaga, kolam atau sebagainya.
Walau bagaimanapun
punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihanya supaya tidak berlaku
kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang penyakit
lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air
juga haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang
bagaimana.
d) Tapak yang lebih tinggi dari punca air
Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk
mengelakkan daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi
pantai, di tepi sungai dan air pasang dan sebagainya.
e) Mudah
untuk mendapat bantuan Tapak perkhemahan yang di pilih juga
berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan
jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan itu haruslah
berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Selain itu juga setiap kali
sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih
dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang
bertanggungjawab yang lain.
f) Mudah untuk mendapat bahan
bakar Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan baker juga
merupakan faktor yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan
untuk memasak, membuat unggun api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan
binatang, menghalau gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya.
Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayu atau ranting-ranting kering,
daun-daun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya.
g)
Keselamatan kawasan perkhemahan Keselamatan kawasan perkhemahan
sangat perlu di ambil kira. Kawasan tersebut perlu dipastikan bahawa
bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi dan sebagainya.
h)
Jangkamasa perkhemahan Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah
seasuai dengan jangkamasa perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu
jangkamasa yang lama maka perlulah memastikan bekalan air yang
mencukupi, bagi kegunaan memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan
lain.
i) Bilangan peserta perkhemahan
Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarang aktiviti.
Sebagai contoh jumlah bilangan peserta yang akan menyertai. Penetapan
ini akan mengelakan daripada berlakunya lebihan bilangan peserta dan
berlakunya ketidakcukupan bahan makanan dan juga khemah sebagai tempat
tidur.. bukan itu saja, malah ianya akan menimbulkan banyak lagi masalah
lain.
j) Alam Persekitaran Alam persekitaran akan menentukan
sejauh manakah kejayaan sesuatu aktiviti perkhemahan. Jadi peninjauan
perlu dilakukan sebelum keluar berkhemah. Peninjauan tersebut boleh
dilakukan samada dengan keluar melihat tempat tapak perkhemahan tersebut
dan juga boleh dilakukan dengan memahami keadan tersebut melalui peta
topo atau maklumat penduduk setempat yang tahu dan pernah ke kawasan
tersebut.
PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH
Adalah dinasihatkan bahawa tidak dibenarkan mendirikan khemah kecuali
setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atau ketua pasukan.
Di samping itu semasa memilih tapak untuk mendirikan khemah,
perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian dan
penekaan: a) Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring )
b) Terlindung dari angina c) Tidak terlalu hampir dari punca air
seperti sungai d) Mempuyai pandangan persekitaran yang mernrik (
soronok, lapang,dan terhibur apabila melihatnya ). e) Boleh
mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan
sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah. f)
Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita
bergerak semula bagi tujuan kecemasan.
DISIPLIN DIRI / PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN
Bagi menjaga keselamatan di kawasan perkhemahan , pastikan peraturan-peraturan berikut dipatuhi dan dipertimbangkan:
a)
Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya. b)
Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam,
Tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-tempat
tersebut perlu ditanda untuk memberitahu kepada semua orang. Mana-mana
rintangan atau halangan yang perlu dihapuskan hendaklah dihapuskan
segera. c) Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu
hampir dengan khemah. d) Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau
menyidai pakaian. e) Tidak dibenarka memasak di dalam khemah
(khemah moden). f) Digalakkan makan dan minumdi luar khemah untuk
mengelakkan semut atau atau binatang merayap daripada memasuki
khemah.
g) Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa
berkeadaan bersih dan kemas. h) Pastikan khemah yang dipasang itu
kukuh dan selamat untuk digunakan. i) Hendaklah mengadakan system
kawalan waktu malam. j) Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti
belerang kuning atau kapur di sekeliling khemah bagi
mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar dan mana-mana yang boleh
mengganggu peserta. k) Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan
seperti melaung,bertempik, ketawa yang keterlaluan dan gembira
yang amat sangat. l) Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan,
penerangan perkhemahan dari masa ke semasa dan segala pantang larang. m)
Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian
dan tapak perkhemahan. n) Berhati-hai melakukan segala aktiviti
dan senantiasa merhormati serta menghargai kawasan sekitar. o)
Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam
menghadapi sebarang gangguan keselamatan. p) Merokok,berjudi, minuman
keras adalah dilarang. q) Mengutamakan aspek keselamatan semasa
melakukan segala aktiviti. r) Memaklumkan kepada pensyarah, ketua
perkhemahan, penunjuk cara atau kepada pengerusi jawatankuasa
perkhemahan sekiranya terdapat sebarang kesulitan seperti masalah
kesihatan dan keselamatan. s) Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu
dengan kuat tanpa henti sehingga rakan datang membantu jika berlaku
sebarang kecemasan. t) Peserta dilarang berenang di masa yang
ditentukan jika berkhemah di kawasan berhampiran sungai, laut atau
tasik. u) Dilarang memiliki senjata, senjati api, dadah dan apa-apa
alatan yang dilarang dan menyalahi undang-undang. v) Tidak dibenarkan
merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di
sekitar kawasan perkhemahan. w) Segala alatan janganlah dibiarkan
bersepah. Ia mestilah diletakkan setempat supaya mudah untuk
dimuatkan semula ke dalam beg. x) Pilihlah suatu tempat atau arah
tertentu yang akan dituju sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan
terpaksa meniggalkan khemah.
PERATURAN UMUM PERKHEMAHAN
1.
Mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan serta
arahanarahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. 2. Mengikut dan
menjalankan setiap aktiviti dengan penuh dedikasi dan bersemangat
tinggi. 3. Menepati masa dan penuh disiplin dalam menjalankan setiap
aktiviti. 4. Mengutamakan setiap prinsip-prinsip keselamatan dalam
setiap aktiviti yang dijalankan. 5. Mengamalkan sikap kerjasama dan
semangat kekeluargaan dalam setiap aktiviti. 6. Mematuhi semua nasihat,
teguran dan trunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah atau penunjuk
cara. Undangan. 7. Menyediakan sebuah buku log bagi mencatat segala
aktiviti yang dijalankan. 8. Tidak meninggalkan kawasan perkhemahan
tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pensyarah penasihat.
PENJAGAAN KHEMAH
1.
Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul. 2. Bersihkan dan
keringkan khemah sebelum ia disimpan. 3. Tidak mencuci khemah
menggunakan sabun atau bahan pencuci. Yang mengandungi bahan kimia. 4.
Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada
ancaman haiwanperosak dan ditempat yang kering. 5. Pastikan semula
alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkap sebelum
disimpan.
PANDUAN DAN PERINGATAN KEPADA KETUA KUMPULAN PERKHEMAHAN
1.
Keselamatan dan kesempurnaan khemah adalah tanggungjawab setiap peserta
atau guru pelatih. 2. Menyelenggara semua peralatan dengan kemas dan
teratur.
3. Mengutamakan kebersihan dan keselamatan dalam segala
hal. 4. Ketua kumpulan perkhemahan adalah bertanggungjawab ke atas
disiplin dan ketenteraman kawasan khemah sepanjang masa. 5. Membersihkan
khemah dan segala peralatan khemah dengan sempurna sebelum dipulangkan.
6. Melaporkan kepada pengerusi peralatan jika terdapat segala kerosakan
dan kehilangan alatan perkhemahan untuk direkodkan. 7. Pemulihan dan
pemuliharaan kawasan sekitar perkhemahan adalah perlu
dilakukan(konservasi).
SENARAI PERALATAN PERKHEMAHAN
1.
Khemah tempat masak. 2. Khemah tempat solat. 3. Khemah peserta. 4.
Kanvas alat duduk. 5. Generator. 6. Wire dua pin. 7. Mentol lampu/soket.
8. ‘camp bed’ 9. Skop atau penyauk tanah. 10.Tong minyak petrol dan
minyak tanah. 11.Tukul cangkul pencakar. 12.Tiang Khemah memasak.
13.Helar. 14.Parang. 15.Tali nylon/raffia. 16.Belerang/suffer.
17.Gerjaji. 18.Lampu picit. 19.Wisel. 20.Mancis api.
No comments:
Post a Comment